Nov 4, 2009

Saravanan: Bring back sports glory days of Indians

Source : The Star

MIC vice-president Datuk M. Saravanan urged Indians to bring back the golden era of 1960s and 1970s when the community excelled in many different sporting arenas, reported Tamil Nesan.

He said that back then many Indians represented the country overseas. Saravanan told reporters after opening a seven-a-side football tournament organised by the MIC Gelang Patah division in Skudai last Sunday.He said more youths should be active in sports to become successful like Dr M. Jegathesan in athletics and goalkeeper Arumugam in football.
He said that while Malaysian Indians had been giving priority to education and economic stability, they should not neglect sports.

Saravanan, who is also Deputy Federal Territories Minister, urged Indian sports organisations to hold more competitions and identify talented athletes so they could be given training and guidance to excel.

Oct 22, 2009

Tiada Parti Mampu Mengantikan MIC

TRAGEDI Barisan Nasional 'ditolak' oleh rakyat sehingga menyebabkan beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12 masih menghantui parti-parti komponen. Antara yang mendapat tempias ialah MIC. 
Parti yang memperjuangkan masyarakat India itu paling teruk menerima tamparan. Ramai yang mengatakan MIC semakin tidak relevan kerana ia masih diterajui oleh Datuk Seri S. Samy Vellu.
Tempoh 30 tahun dikatakan terlalu lama untuk beliau terus memimpin MIC.  Parti itu memerlukan pemimpin muda bagi meneruskan kesinambungan. 
Wartawan Utusan Malaysia, WAN NORAZAH WAN CHIK dan TARMIZI ABDUL RAHIM menemui Presiden MIC itu untuk mengetahui bilakah tarikh sebenar pengundurannya. Adakah sekadar pemanis bibir ataupun benar-benar akan dilaksanakan demi masa depan MIC.
 

UTUSAN: Bagaimanakah Datuk Seri melihat situasi dalaman MIC khususnya selepas pemilihan parti pada 12 September lalu?

Bagi saya MIC kini lebih stabil dan kuat. Ini bukan sekadar cakap tetapi terbukti melalui proses transformasi parti dan keputusan pemilihan itu. Perwakilan telah memutuskan untuk mengekalkan kesinambungan. Mereka mahukan kestabilan dan kekuatan dalam parti. Keputusan pemilihan menunjukkan perwakilan bersikap bebas. Semua orang kembali bekerja untuk parti dan rakyat selepas itu. Tugas utama MIC pula ialah untuk mengembalikan sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional (BN). Inilah sasaran dan keutamaan kami. Kami mahu bekerja lebih kuat untuk masyarakat India dan rakyat keseluruhan.
 
Adakah Datuk Seri yakin barisan pemimpin yang memenangi pemilihan itu akan mampu merealisasikan harapan MIC dan masyarakat India?
 
Saya sangat yakin. Lagipun para perwakilan sedar bahawa kumpulan ini mampu meneruskan agenda parti. Kita perlukan darah muda. Bukan sahaja muda, tetapi berpelajaran tinggi. Mereka akan mengemudi kapal (MIC) ke satu perairan baru. Telah tiba masanya untuk mereka mengambil alih dan meneruskan perjuangan kami. Itulah harapan masyarakat dan saya sendiri. 
Tetapi nasihat saya kepada mereka ialah sentiasa mengutamakan rintihan masyarakat. Tangisan mereka mesti diatasi dan diganti dengan keceriaan.
Ada yang menganggap MIC masih berdepan kemelut politik walaupun selepas pemilihan.
Itu hanya taktik atau gimik politik pihak tertentu. Pihak yang tidak dapat menerima keputusan perwakilan. Mereka ini tidak mahu menghormati demokrasi dan ingin menghancurkan parti. Namun sebagai presiden parti, saya serta ahli-ahli lain akan memastikan MIC terus kukuh. 
Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut Perlembagaan MIC ke atas pihak yang mahu menghancurkan parti. Kita tidak akan biarkan ini berlaku. Ketika saya mengambil alih kepimpinan MIC pada 1979, wujud banyak puak dan pertelagahan dalam parti. Ramai yang masih ingat bagaimana MIC dikaitkan dengan insiden baling kerusi semasa mesyuarat. Kini semua itu tiada lagi kerana MIC sudah bersatu padu dan stabil. 
 
Bagaimanakah hubungan MIC dengan BN? Adakah MIC akan terus relevan mengikut perkembangan semasa?
 
Adakah anda fikir hubungan ini rapuh atau dapat dipisahkan oleh mana-mana pihak? Jawapannya tidak! MIC akan tetap dengan BN. Sokongan MIC akan tetap untuk BN, tidak boleh dipisahkan.
Ketika Rumah Terbuka Deepavali MIC pada 17 Oktober lalu, saya telah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pelbagai isu berkaitan masyarakat India. Beliau menyatakan, beliau faham keadaan masyarakat India dan apa yang perlu dibuat. Kita berkongsi idea. Beliau terbuka dan sanggup mendengar keluhan semua pihak.
Saya ingin menegaskan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang dapat mengambil alih peranan MIC sebagai parti yang memperjuangkan nasib orang India di negara ini. Saya mengaku MIC mempunyai kelemahan tetapi kami sedang dan akan terus memperbaikinya. 
 
Bagaimana pula dengan proses peralihan kuasa dalam MIC? 
 
Proses peralihan akan tetap berlaku. Saya telah pun mengenal pasti pemimpin-pemimpin yang akan meneruskan perjuangan parti. Saya telah membuat keputusan mengenai bilakah peralihan kuasa ini. Bagaimanapun saya mempunyai beberapa perkara penting yang perlu dilaksanakan sebelum saya berundur.
Ada orang menganggap saya ingin memegang kuasa selama-lamanya. Itu tidak betul. Saya lebih pentingkan kestabilan dalam parti. Saya mahu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu. Tetapi ia tidak bermakna tidak ada pemimpin lain yang dapat menanganinya. Saya cuma ingin meninggalkan MIC dalam keadaan yang kukuh.
 
Jadi, Datuk Seri masih belum memutuskan tarikh sebenar untuk berundur?
 
Saya sudah ada tempohnya tetapi belum boleh diberitahu sekarang. Saya akan memaklumkan Perdana Menteri mengenainya sebelum membuat pengumuman.
 
Tetapi adakah pengunduran itu akan dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti?
 
Tidak. Jauh sebelum pilihan raya itu. Sebelum PRU 13. Saya tidak akan berundur hanya selepas Parlimen dibubarkan seperti dakwaan sesetengah pihak.
Saya yakin apabila saya berundur pada tempoh yang ditetapkan itu, saya telah meninggalkan barisan pemimpin yang mampu membawa hala tuju MIC mengikut kesesuaian masa. Saya yakin barisan yang dipilih oleh perwakilan itu mampu melakukannya.
 
Mampukah MIC mengembalikan keyakinan dan sokongan masyarakat India? Mampukah MIC membantu memenangkan BN pada PRU 13 nanti?
 
Saya yakin kita mampu. Kita harus melihat semula sejarah. Dalam kesemua PRU, hanya PRU 12 yang melihat pengundi India beralih sokongan. Pada PRU 12, ramai pengundi India memutuskan untuk tidak menyokong BN. Ini tidak bermakna mereka menyokong pembangkang tetapi mereka cuma ingin menyuarakan perasaan tidak puas hati.
Saya tidak berhasrat untuk menuding jari kepada sesiapa kerana ia tidak menguntungkan. Hakikatnya setiap kali MIC mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India, masih ramai yang berpendapat ia tidak mencukupi. 
Sewaktu kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, diwujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk masyarakat India atas usaha MIC. Beberapa pembaharuan lain turut dilakukan. Kesannya hanya dapat dirasai kebelakangan ini. 
Contoh terbaik ialah sokongan hampir 70 peratus pengundi India kepada BN pada Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang baru-baru ini. 
 
Apakah langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh MIC dalam usaha mengembalikan sokongan masyarakat India kepada parti dan BN?
 
Kami sedang membuat perubahan dan reformasi. Transformasi ini melibatkan membawa masuk pemimpin-pemimpin muda dan kerjasama erat dengan badan bukan kerajaan (NGO). Pindaan juga dibuat kepada Perlembagaan MIC supaya ia lebih responsif kepada tuntutan semasa. Ia bukan perubahan kosmetik tetapi nyata. 
Pada awal tahun depan, kita akan melaksanakan Indeks Prestasi Utama (KPI) ke atas semua pemimpin cawangan dan bahagian. Kita mahu lebih pentingkan kualiti. Kita mahu melihat sejauh mana masyarakat India berpuas hati dengan khidmat MIC.
Tidak guna laungan MIC untuk masyarakat India tetapi kerja dan khidmat tidak dilaksanakan dengan cekap. Moto kita harus selaras dengan konsep "Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan."
Bagaimana pula usaha menarik sokongan masyarakat India di bandar kepada MIC?
Banyak. MIC juga berusaha menyegarkan parti dengan usaha menarik lebih ramai ahli muda. Kita mahu setiap cawangan dan bahagian mempunyai pemimpin pelapis muda yang juga berpendidikan. Kita mahu semua peringkat umur dan apa juga taraf pendidikan mendekati MIC.
 
Apakah komen terhadap 'musuh-musuh' politik yang tak henti-henti menghentam kepimpinan Datuk Seri?
 
Dalam politik, seseorang pemimpin terpaksa berdepan 'penyakit' ini (musuh-musuh politik). Ia sesuatu yang lumrah. Saya sudah lebih 40 tahun dalam politik tetapi kita tetap perlu berwaspada. 
Kita perlu memberi penerangan kepada ahli-ahli mengenai kebenaran. Usaha ini sedang dibuat melalui pelbagai cara. Itulah cara yang terbaik.
Persepsi adalah penting kerana walaupun penerangan diberi tetapi persepsi ahli-ahli masih sama, tidak akan ada kesannya. Saya sedar 'musuh-musuh' ini cuba mengapi-apikan ahli dan kerana itu, kita perlu bertegas agar mereka ini tidak berjaya memusnahkan parti. 
 
Adakah Datuk Seri melihat kewujudan parti-parti politik India yang lain mengancam kewujudan MIC? 
 
Jika kita kuat, mengapa kita perlu rasa takut? MIC masih kuat dan stabil. Ini fakta. MIC mempunyai lebih 630,000 ahli. Kita akan melancarkan bancian untuk mengenal pasti jumlah sebenar keahlian. 
Ini bermakna kita akan pastikan apakah jumlah ini tidak beralih ke mana-mana (parti politik) dan kita juga mahu menambahkan jumlah keahlian ini.
MIC tidak perlu bimbang dengan kewujudan parti-parti politik India lain. Mereka datang dan pergi, tetapi MIC untuk selama-lamanya. Kita telah bertahan sejak 63 tahun. Cuma apa yang menjadi kebimbangan saya ialah mungkin akan wujud perpecahan dalam masyarakat India. Populasi kita hanya 1.7 juta. 
Tetapi ramai pula mahu menubuhkan parti walaupun sedar mereka mungkin tiada sokongan. Namun MIC sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sanggup mengutamakan kepentingan masyarakat India. 
 
Bagaimana dengan kecenderungan parti-parti kecil masyarakat India yang cuba menyertai BN? Adakah Datuk Seri merasakan ia satu ancaman?
 
Tidak, ia bukan ancaman. Isu ini sudah lama dan MIC telah memberikan pandangan. Dahulu sewaktu zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu terima IPF ke dalam BN, saya kata kepada beliau bahawa sekiranya IPF diterima ia seolah-olah memberi lampu hijau kepada banyak pihak untuk menubuhkan parti dan memohon untuk menyertai BN.
Masalahnya mereka tidak mempunyai hubungan kuat dengan masyarakat atau akar umbi. Saya menentangnya, mungkin sebab itulah Dr. Mahathir 'hati panas' dengan saya.
Tetapi mungkin kali ini, Perdana Menteri sekarang mempunyai alternatif untuk menangani masalah itu. Terpulanglah kepada beliau.
Pada saya MIC sudah mempunyai struktur yang sempurna, mempunyai hubungan rapat dengan rakyat berbanding parti lain kerana mereka perlu berusaha mendapat keahlian.
 
Adakah Datuk Seri cuba mengatakan MIC masih relevan dengan masyarakat India?
 
Ya, memang betul, MIC masih relevan. Apabila orang datang berjumpa MIC meminta pertolongan bermakna dia telah berjumpa dengan BN yang merupakan kerajaan. Hasrat mereka akan mudah disalurkan kerana MIC berada dalam kerajaan.
 
Datuk Seri akan bersara walaupun enggan mengatakan tarikh sebenar ketika ini. Apakah yang akan Datuk Seri lakukan selepas bersara nanti?
 
Saya akan melakukan kerja-kerja sosial. Bekerjasama dengan NGO dan menggunakan sepenuhnya pengalaman untuk berkongsi mesej dan usaha membantu rakyat.
Sekarang pun saya dan juga MIC bekerjasama erat dengan banyak NGO tetapi apabila bersara nanti saya akan menjadi freelance activist.
Bantuan ini bukan hanya untuk masyarakat India sahaja tetapi semua orang. Semua akan dibantu kerana semuanya adalah rakyat Malaysia yang perlu dibantu.

--
Yours Sincerely,

Novinthen Krishnan

Sep 23, 2009

MIC info chief: We've stood the test of time

Giving birth to new political parties is an easy task but nurturing and taking care of them is a different ball game altogether.

mic info chief interview 18092009 p kamalanathan 001And this is why newly appointed MIC information chief P Kamalanathan believes that his party would be able to weather the storm while the rest fade into oblivion.

"It is easy to form a party but it is tough to maintain it. MIC has been around since 1946," he told Malaysiakini during a recent interview.

"I remember DMIP (Democratic Malaysian Indian Party) was formed in the 1980s by V Govindaraju but it was not sustainable.

"Similarly Hindraf is breaking up from within," he pointed out.

Kamalanathan, who is still co-ordinator of MIC's Putera wing, said his first task in his new role would be to ensure that the party is ready to face the new media and social networking sites.

"I am going to establish real communication between the party, members and BN government. A new public relations committee would be formed for party re-branding and damage control purposes.

"We would establish a new committee that would look into establishing media relations," added the 43-year-old public relations manager and part-time lecturer who joined MIC 25 years ago.

Delegates, not Dr M who decides

Meanwhile, the information chief also politely told former premier Dr Mahathir Mohamad to keep out of his party's affairs, especially concerning president S Samy Vellu.

mahathir and samy vellu and indian communityWhile stressing that MIC looked up to Mahathir, he however reminded the 84-year-old statesman that it was the MIC delegates who decide who their leader should be.

"He has a right to give comments but party members are also clever enough to decide who they want as president.

"The president (Samy Vellu) is not going to seek re-election in 2012. Every party has its own way to resolve internal issues," he said.

Kamalanathan also defended MIC's decision to take action against former vice-president V Govindaraju on the grounds that he defamed Samy Vellu.

"You cannot hit people below the belt. You cannot defame another individual. Party elections do not give the right to defame someone," he added.

On the claim by Govindaraju that he assisted Samy Vellu to win in the party elections some three decades back by 'stealing votes', Kamalanathan wondered why the veteran never disclosed this before.

"What is his intention? Why didn't he say that when he was dismissed from the party in the 1980s?" he asked, adding that all claims must be substantiated with evidence.

MIC is contemplating filing a civil suit against Govindaraju.

Kamalanathan also added that the newly elected central working committee (CWC) members would hold their first meet on Sept 29, and S Subramaniam was on the agenda.

Subramaniam, who was defeated in the race for number two during the party's Sept 12 annual general meeting, was said to have brought a large number of outsiders, especially youths, to the event.

Subramaniam could be given the boot following the accusation that he had brought the party to disrepute.

Sep 19, 2009

Putera MIC hosts buka puasa do

THE Negri Sembilan Putera MIC organised a buka puasa function with the children from the Aminan Orphanage at Ampangan, Seremban, recently.

Its chairman, Dr S. Thinagaraj said hosting the breaking of fast event was the wing’s new approach to promote the 1Malaysia concept introduced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said the event would help the different communities to understand and respect each other’s cultures as well remove any racial prejudices.

Thank you: Some of the Putera MIC Negri Sembilan members with residents of the Aminan Orphanage.

“We should use this holy month of Ramadan to know our Muslim brothers better especially since we live in a multiracial community,” Thinagaraj said.

He congratulated Putera MIC head of Rasah/ Seremban, R. Dineshwaran for putting the event together.

Dineshwaran said more of such of activities would be held throughout Ramadan.

“We are willing to accept buka puasa invitations from any government or non-government organisations to foster good relations with everyone,” he added.

The caretaker of the Aminan Orphanage in Ampangan, Kamarul Ariffin, thanked the Putera MIC members for the invitation.

“This is the first time an Indian organisation has come forth to host a buka puasa function with us. We should this kind of activity that will unite us and make the 1Malaysia concept a success,” added Kamarul.

Sep 14, 2009

Congratulation MR .Kamalanathan

Congratulation to MR .Kamalanthan for his appointment as the party's (Malaysian Indian Congress) new information chief.

Congratulation's Chief

Sep 1, 2009

Pinjama Mikro - AgroBank

Micro ESP-i

Micro ESP-i merupakan pembiayaan mikro di bawah Pakej Ransangan Ekonomi yang telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu usahawan mikro yang terjejas kesan dari kemelesetan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dan industri asas tani.

Ciri-Ciri Pembiayaan

• Terbuka kepada usahawan mikro dalam sektor pertanian dan industri asas tani
• Pembiayaan sehingga RM50,000
• Tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun
• Kadar kadar keuntungan yang rendah
• Tidak perlu cagaran/penjamin
• Tidak dikenakan bayaran memproses pembiayaan
• Prosedur permohonan yang mudah
• Kelulusan pembiayaan yang cepat

* tertakluk kepada terma dan syarat pembiayaan

 

Syarat Kelayakan

• Merupakan warganegara Malaysia
• Berumur di antara 21 sehingga 60 tahun pada tarikh permohonan
• Merupakan usahawan mikro secara sepenuh masa atau separuh masa
• Pemohon yang ingin memulakan projek/perniagaan baru layak dibiayai
• Merupakan penduduk tempatan di cawangan memohon
• Tidak mempunyai rekod muflis

Dokumen Diperlukan

• Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
• Salinan penyata simpanan/akaun semasa/pelaburan (6 bulan terakhir)
• Bil-bil utiliti (3 bulan terakhir)
• Salinan daftar perniagaan
• Salinan permit/lessen perniagaan
• Salinan hakmilik tanah tapak perniagaan (jika premis milikan sendiri)
• Surat kebenaran penggunaan tapak premis/ perjanjian sewaan/ kebenaran pihak

berkuasa
• Rekod jual-beli

 

* yang mana berkenaan

Cara Memohon

• Pemohon dikehendaki menggunakan borang permohonan Micro ESP-i (diberi percuma) yang boleh didapati daripada cawangan-cawangan kami 
• Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen berkaitan hendaklah diserah kepada cawangan yang berdekatan

Hubungi Kami



Related Articles:
lRM300M FOR AGROBANK UNDER 2ND STIMULUS

--
Yours Sincerely,

Novinthen Krishnan

Aug 18, 2009

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA ULANGTAHUN MIC KE-63 ANJURAN PUTERA MIC KEBANGSAAN.

TERBUKA KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH / MENENGAH / PELAJAR PENGAJIAN TINGGI DAN DEWASA.

SILA RUJUK LAMPIRAN ( FAIL : PUTERA.BMP )

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI EN.S.PADMARAJAH DI TALIAN 012-6711634
Click to enlarge the image

Aug 17, 2009

1st Putera MIC National Convention

























Aug 13, 2009

Know the Difference between Cold and Swine Flu Symptoms




 

Know the Difference between Cold and Swine Flu Symptoms

Symptom

Cold

Swine Flu

Fever

Fever is rare with a cold.

Fever is usually present with the flu in up to 80% of all flu cases. A temperature of 100°F or higher for 3 to 4 days is associated with the flu.

Coughing

A hacking, productive (mucus- producing) cough is often present with a cold.

A non-productive (non-mucus producing) cough is usually present with the flu (sometimes referred to as dry cough).

Aches

Slight body aches and pains can be part of a cold.

Severe aches and pains are common with the flu.

Stuffy Nose

Stuffy nose is commonly present with a cold and typically resolves spontaneously within a week.

Stuffy nose is not commonly present with the flu.

Chills

Chills are uncommon with a cold.

60% of people who have the flu experience chills.

Tiredness

Tiredness is fairly mild with a cold.

Tiredness is moderate to severe with the flu.

Sneezing

Sneezing is commonly present with a cold.

Sneezing is not common with the flu.

Sudden Symptoms

Cold symptoms tend to develop over a few days.

The flu has a rapid onset within 3-6 hours. The flu hits hard and includes sudden symptoms like high fever, aches and pains.

Headache

A headache is fairly uncommon with a cold.

A headache is very common with the flu, present in 80% of flu cases.

,Sore Throat

Sore throat is commonly present with a cold.

Sore throat is not commonly present with the flu.

Chest Discomfort

Chest discomfort is mild to moderate with a cold.

Chest discomfort is often severe with the flu.

 

 

 




--
Yours Sincerely,

Novinthen Krishnan

http://www.puteramic.net   | Putera MIC |
http://www.pemudamic.org | Pemuda MIC |
http://www.mediasolution.com.my  | Web Hosting & Development |

Aug 4, 2009

Scholarship - Young Leaders Program (YLP) - The Embassy of Japan

The Japanese Government Scholarship for the Young Leaders' Program
(YLP) is open until 23 September 2009 for Malaysian Nationals like to
pursue Master's Degree Courses in Japan. During the term of the
scholarship, a monthly allowance of approximately 258,000 yen (subject
to change) will be given. Fees for the entrance examination,
matriculation and tuition at the university will be exempted. A round
trip airplane ticket is also provided.

Course duration is principally one year from September 2010 to August
2011. Courses will be conducted in English language. Please contact
Annie William from the National Chamber of Commerce & Industry of
Malaysia via annie@nccim.org.my for further information.

Requirements:
-Applicants must be below 35 years as of 1st September 2010
-Applicants must be degree holders who have achieved excellent results
with a good command of English language; a minimum TOEFL score of 600
or TOEFL-CBT of 250 or equivalent and GMAT score of 600
-Three years and above of working experience.

Refer - 
http://www.jpa.gov.my/2009/07/1184/lang/en/


--
Yours Sincerely,

Novinthen Krishnan

http://www.puteramic.net   | Putera MIC |
http://www.pemudamic.org | Pemuda MIC |
http://www.mediasolution.com.my  | Web Hosting & Development |